Friday, December 9, 2011

Happy 27th Birthday !!!

السلام عليكم....

Happy birthday to meeeee..happy birthday to meeee.. hehe, suruh Aqil nyanyi mmg dia nyanyi utk besday dia la, dia gak yg tiup lilin sampe berebut gan si Aiman.. iskk

Cukup la satu lilin, kek pun da tinggal setengah, xsempat nak susun 27 batang lilin...hahhaa


Errmmm.. ntah bape kali i pasang lilin ni, sampe tinggal setengah, tupon still gado nak tiup...grrrrr


At last.. baru nak ucap HAPPY BIRTHDAY MAMA !!.. WE LOVE U!!

Pepun, alhamdulillah bersyukur ke hadrat Nya coz masih bernyawa di atas muka bumi ini & sihat walafiat, happy with my life, cheeky two kiddos, lovely hubby & beloved family.. Semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah SWT... Aminnnn


Wednesday, December 7, 2011

Kek Marble Paling Simple !!!!

السلام عليكم....

Ni la kek yg paling i suka wat..hahha, sebab guna blender je, org yg xde mixer ble try resepi ni dulu ek. Tp klu nak ikutkan kegebuan kek ni, adunan yg dibuat menggunakan blender lebih gebu & moist berbanding mixer! Sebab kekadang tu kita mix terlalu lama adunan tu so kek boleh jadi bantat & keras, klu guna blender ni, kejap ja gula da hancur & adunan sebati, tp utk sesetengah jenis kek jela, bkn semua, klu gitu xyah ada mixer la, da blender ble wat semu keje..hahha. Resepi asal kek butter tp i marble kan.. hehe i amik dr MyR , jgn segan silu nak try ye, sbb terlalu mudah & sedap !


BAHAN :

2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
250 g mentega cair (guna yang berkualiti~ i guna Anchor)
1 1/4 cawan susu segar - (dari peti sejuk)
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
Serbuk koko 4 sudu

Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati. Bahagi adunan kepada 2 bekas, masukkan serbuk koko dlm salah satu adunan & gaul hingga sebati. Tuang adunan selang seli antara adunan koko & adunan asal ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega, lorek menggunakan lidi @ hujung pisau. Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

* Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.

Terasa ke'butteran & lemak susu .. two kiddo's fav! :))

Actualy tgh bosan tahap gaban da niiiii, 2 ari lepas i dapat cabinet tv baru..hehe dapatt u, bkn free yea, act i suka bid dlm Ebay, haaaa kali ni i dapat Oak venner tv cabinet, hmm harga xdapat dimana2 la, terbaik punya harga, klu harga pasaran mau cecah £300 tp i dapat bawah £10 je.. muehehee. Pastu bila da ubah tv gan segala wayar berbelit2 gan dvd, tv box, cabel broadband, skali ON tv..erkkkk, error! sampe ke arini kmi tengok dvd Thomas The Tank dari episod 1-10, Bob the Builder episod 1-15, Pingu, Magic English abis satu set tgk! Two kiddo xde masalah, depa lagi syiok, abis yg mak pak ni x ternganga2 ka tgk kartun dr pagi sampe malam.. iskk, nasib internet ada, klu internet pon xda, rasa cam kosong dunia..hahaha! Xsabar nak tunggu Virgin team mai rumah esok!


Btw, ni kek order utk ibu mengandung, dia mengidam nak makan kek tp takut nak beli yg di kedai sbb byk perasa tambahan, xelok utk ibu & baby.. i sesaja tambah variety choco chip/swirl utk dia:))

Monday, December 5, 2011

Hawaiian Chicken Pizza

السلام عليكم....


Grrrrr... suhu pagi tadi 0 Celcius, semua jadi ais ABC.. heheee, tp gagahkan juga bejalan g antar Aqil g sekolah..iskk, yg bestnya snow xturun2 lagi, nak tunggu suhu minus baru nak turun snow kot. So aktiviti2 luar mmg xbest arr, saja2 boring nak kuar pe kedai beli fries jgn harap ok, semu online & order kat en hubby i ...mueheheee, jadi dok rumah keja masak cepat2, express2, pastu makan dlm selimut! Btollll, kat living room ada dua helai ready utk selimut time kesejukaan, heater mmg la on, tp pakai timer la, klu xpakai timer hujung bulan xmakan nasi la kami, keje dok bayar bil gas..huhu, mahai tau! Oleh itu dinner yg express bagi i selain dr Maggi adalah home made pizza.. btw, sejuk2 cenggini hirup Maggi asam laksa + hirisan cili + bawang goreng, pergghhh besttt.. hehehe, resepi pizza ni mmg i guna resepi CMG je, yg len mmg out, keras la, xsedap & xmenjadi.. tp resepi CMG ni, mmg gebus & sedap cam di kedai, xcaya sila buat yea:)))



BAHAN :
(DOH PIZZA)

Tepung gandum 300g
Instant yeast 6g
Mentega 20g
Gula halus 10g
Bread improver 1sudu teh (optional)
Garam 1/4 sudu teh
Madu 11/2 sudu
Air 170ml
Sedikit tepung untuk ditabur

TOPPING utk Hawaiian Chicken Pizza :

Isi ayam 300g (potong kecil2 & gaul garam + lada hitam & goreng agak2 masak)
Jagung
Bawang besar (hiris bulat)
Nenas (potong kiub)
Mozzarella Cheese (topping)

Utk SOS PIZZA i guna Tomato Puree - readymade:)


UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Nyummmmm :)


Ni plak hasil two kiddo last weekend.. main gunting2 buku Thomas & Friend then lekat sama2.. hehehe, siap wat surprise kat abah, abah pun wahh buat2 surprise la, terkejut & happy tgk two kiddo wat Thomas art.. muehehe....


Surprise!! * Apa tue Aiman ??