Friday, December 24, 2010

Merry Christmas...hooo..hooo..hoo


Aqil & Aiman dapat Xmas present from Atok Cliff..hehe, sronok betul tis kiddo, Cliff ajak masuk umah nak tunjuk patung seven dwarf nyanyi lagu Xmas..hehe, bila salah satu dwarf tu nyanyi, lampu bernyala, cantik! Tp yg syoknye, my kids takuttttt! Hahhhaaaa, they should be happy, ngeri kot..hehe. Tommorow is Boxing Day! Mmg sale habis-habisan..stat kol 5am orang da beratur kat luar pintu masuk shopping complex tau! Bila buka saja, haaa serbu masuk, sampe bergaduh, ber boxing la nak beli itu ini, kebanyakan yg i tau dorg pakai amik je mana yg ble capai, xtgk saiz, kaler, jenama..xsempat da, then beratur nak bayar jenuh nak menunggu, berduyun2 orang, so bila balik umah baru try, klu xmuat bole tukar, ada money back guarantee, jgn riso ..hahahaa, sale bukan calang2 mmg murah gilerr, sampe 70-80% pun ada..mmg xle nak feel shopping sgt cam tu, for me la bahaya lagi adala, so mmg xsesuai bawa tis kiddo during hectic/crowded people like tat..hrmmm, xpe mama berkorban demi anak2, tahun depan ada lagi..kiki

Thursday, December 23, 2010

Apple Crumble wit Vanilla Custard Sauce


Banyak tol balance apple, Hubby otw balik umah slalu singgah Sainsbury @ Tesco beli buah to tis kiddo, musim sejuk ni mudah kena penyakit, xspecially budak2 coz immune system dorg kurang ketahanan berbanding kita , stokin slalu kena pakai, jarang skali buka except masuk toilet..sini mudah sangat kena serangan asma, chest infection dsb. So, ada sorang Prof hubby ada pesan kat kami supaya selalu makan buah untuk ketahanan badan menghadapi cuaca sejuk & kulit xkering, so buah buahan selalu ada dlm stok..apple/ banana/ strawberry/ blueberry/ grapes/ oranges/ kiwi..mamanye xlarat nak potong buah..huhu. So, utk minum petang i wat easy apple crumble:) Yummy!! sedap makan gan vanilla yogurt (selera i..hehe) @ vanilla custard sauce:)...


* Apple crumble wit vanilla yogurt...mmmm *

BAHAN :
(APPLE CRUMBLE)

Granny Smith Apples 4biji (peeled & chopped)
PHILADELPHIA Light Cream Cheese 250g
Biskut Digestive/Marie (hancurkan)
Ground cinnamon 4sudu
Gula 4sudu
Sedikit air 3sudu


First, panaskan oven pada suhu 180C. Gaul biskut + cream cheese hingga menjadi crumble. Set aside. Masukkan apple yg dipotong kiub tadi ke dalam periuk (api perlahan) dan masukkan sekali ground cinnamon + gula + sedikit air, gaul perlahan hingga apple lembut & semua bahan mesra sekali(jgn gaul hingga apple hancur). Kemudian, masukkan apple yg dimasak td dlm bekas tahan panas & kemudian masukkan biskut crumble tadi, ratakan. Tabur sedikit lagi ground cinnamon utk nampakkan apple golden brown bila dibakar. Bakar selama 15-20 minit until the top turn golden brown. Hidang bersama vanilla custard @ yogurt:)

BAHAN :
(VANILLA CUSTARD SAUCE)

Kuning telur 1biji
Tepung jagung 1sudu
Gula 2sudu
Fresh milk 1cawan
Vanilla Esen 1sudu teh


First, pukul kuning telur then masukkan tepung jagung + gula + fresh milk. Masak atas api perlahan, teruskan kacau hingga adunan menjadi pekat, then masukkan vanilla esen. Gaul mesra dan tutup api, hidang bila agak sejuk.

Tuesday, December 21, 2010

Surprise!!!


Hehehehe...surprise doorstep delivery from my lovely, sweety, loving hubby! Even dapat present a week after my birthday, its ok my dear, he so busy lately, pagi2 da kuar umah g university, balik pun malam dlm kesejukan yg amat...cian Hubby..uhukk..xpe, ada hikmah disebalik penat lelah, usaha tangga kejayaan! Aminnn...btw, thanks honey for my favourite fragrance & delicious pizza for dinner:). Cete bab pizza, kat sini KFC halal ada, cuma McD & Pizza Hut tu xde la halal, klu g Pizza Hut maybe bole amik yg Vegetarian tp xbest arr..xkisah la, kat sini tak payah nak sedih2 rindu kat pizza or McD, berlambak2 restoran halal pizza/ burger/ ayam KFC lagi sedappp dari KFC/ McD/ Pizza.... xspecially pizza, mmg top ten! I'm gonna miss tis pizza when go back to M'sia..., klu minta extra cheese, ha amik ko dapat seinci cheese topping, sampe muak nak makan..sedapp mengalahkan Pizza Hut! I slalu order Hawaiian Pizza(large) topping pepperoni & pineapple, and i add extra cheese & fresh tomato...penuh topping dia letak, br GBP7..hehhe 2 ari makan xabis. Burger sini sejibik rasa cam McD Double Cheese burger:)..dan yg paling best potato fries, setiap menu mesti ada fries/chip, xpayah order sampingan, gemuk2 & sedap..hahaaaaa!


* Tis is Lamb Donner with chips, lots of chip:) *


* Hawaiian pizza with extra cheese & fresh tomato *