Tuesday, October 18, 2011

Grill Salmon With White Sauce


السلام عليكم....

Ni dinner kami semalam, masak simple2 ja, skang da makin sejukkkk, arini g antar Aqil g nursery dlm hujan renyai2, sejukkk yg amat... menyesal xpakai glove pagi tadi, start esok da kena pakai glove klu nak kuar. I pegang payung pg tadi sampe kebas tgn & rasa nak terlepas payung tu sbb terlalu sejuk & tangan da xrasa pe2 da.. isskk, ramalan cuaca pun de kata Winter kali ni sgt2 sejuk berbanding tahun2 lepas.. erk! Harap2 semu tu berlalu dgn cepat. So skang ni pun masuk dapur ala kadar jela yea, rs cam nak beli carpet la letak kat dapur, selain dr pakai selipar comfy tu... hrmmm. Actualy ada projek baking2 i cuma xkesempatan nak bersiaran utk share resepi.. hehehe. Salmon fillet ni kebetulan de promotion kat Coop (Cooperative)- cam Tesco gak la, 5 fillet baru 3pound, pe lagi trus g beli lps antar Aqil g nursery.. hehehee. Resepi ni sgt mudah & sedappp, sos putih tu ble pelbagaikan menu, ble makan gan pasta, makan gan nasi @ klu xnak guna ikan ble guna ayam, sedapppp sunggguh! mueheheee. Tq pd empunya resepi Skyblue, mmg marbeles lah!


BAHAN :
(IKAN)

2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
1 sudu kecil daun oregano
*1 cawan mashed potatoes @ sepinggan nasi @ salad

BAHAN (SOS PUTIH) :

2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsley kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Firstly, sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
Ikan disalut dgn garam dan lada hitam + oregano. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. Boleh dihidang bersama nasi @ mash potato @ salad dan tuang sos putih diatas ikan:)..

4 comments:

Unknown said...

wahhh sedap ni akak pun suka juga msk gini bila time mood malas melanda...hehe kat finland pun makin sejuk dah turun minus dah waktu pagi..dok dlm umah pun dah rasa sejuk sgt.

kasihredha said...

akak sgt suka salmon...nanti boleh try this recipe :)

intan morsalin said...

bestnya dpt mkn ikn salmon...mesti fresh agi kan.....anyway....tahniah dah ade bisnes online...

Mamma Olyn ♥ said...

K.nieza ... tu dia, dah minus, ishh kmi ni dlm umah da turun sampe 15C pon sejuk ketaq xsangga, kat luaq tu lagi la 10C, stat pkai glove da..senang kan resepi ni, cepat nak masak, nnti try k:)

kasih redha : Senang & cepat resepi ni kan, mesti try nnti k:). Sos putih tu sdap sungguh...hehhe ikut tekak lyn & hubby la..:D

intan morsalin : hehe, tq dear. aah fresh g, tp nak guna ikan lain pun bole, lagi byk isi lg sedap, tp intan try wat sos putih tu, sedap la..hehe