السلام عليكم....
Rasa lama xmakan roti jala, so i wat utk bfast, mmm nyummmyyy lepas kempunan nak makan roti jala, cuma penat dok menjala je la.. hehhe tp seriously resepi ni mmg superbbb! Lembut sampe ke esok harinya, simple je bahan & cara nak wat tp sedap & yg penting lembut, xliat bila da sejuk.. klu xcaya sila try resepi ni, i copy dr Myr, thanks tuan empunya resepi:).. mmg berbaloi2, tp i xpandai nak kirai cantik2 cam kat kedai tu, nampak elok je jalanya.. huhu, xpe la yg penting sedap, & best part roti jala ni da jd fav si Aqil! Yeaaaaaa.. at last dpt gak benda baru dia suka, lps ni kena byk perkenalkan makanan2 Msia la, mamanye kna rajin la yerrr. Baru2 ni i wat kuih lopes, punya la sukaaa cuma dia kata dia xnak 'snow'.. erk, actualy dia xnak kelapa parut yg kita salut pd kuih lopes tu.. hehehe, dia kata snow, saba jela.. pastu i ajar dia sebut 'lopes'.. tis is lopes, then dia sebut 'lopezzz'.. hahaha, bole la. Lps ni klu dia nak senang dia minta kat i, br i faham.. ini kekdg dia nak makan itu ini tp bila i hidang semu xkena, he's a fussy eater.. huhu, da byk kali dia minta 'lopezzz' dia tu, senang je nak watnye, guna microwave je.. nnti i share resepi kuih lopes k:).. Skang jom semak resepi roti jala lembut ni..
BAHAN :
Tepung gandum 3cawan
Minyak masak 2 1/2 sudu
Garam 1 sudu teh
Sedikit pewarna kuning
Telur 1 biji
Air/santan/ susu segar 3 cawan
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
Untuk resepi gulai ayam, ni resepi i sendiri, hehhee.. wangi & pekat kuah gulai ni *_^...
BAHAN :
Seekor ayam (cuci & tos)
Bawang merah 3 biji (besar) @ 8 biji (kecil)*
Bawang putih 3 ulas*
Halia - dititik
Bunga cengkih/ bunga lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga (serba sedikit)
Biji sawi 1 sudu teh
Rempah kari 1 pek kecil (bancuh gan air jadikan pes)
Serbuk kunyit 1 sudu
Santan 1 liter (tambah air jika hendak kuah lebih)
Asam keping 1
Garam & perasa secukupnya
Kentang secukupnya (belah 4 & cuci)
Cili merah
* Blend
Firstly, tumis bahan blend, halia & bunga cengkih/ lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga & biji sawi hingga naik bau. Then masukkan pes kari + serbuk kunyit & gaul hingga naik minyak. Then masukkan ayam, gaul mesra, biarkan sekejap. Then masukkan santan. Gunakan api yg perlahan & biar hingga mendidih, kemudian masukkan kentang & biar hingga empuk, last masukkan garam & perasa secukupnya & sebelum tutup api masukkan asam keping & cili merah & biar sekejap. Tutup api & bole dihidang:)...
Skang da musim Autumn.. minggu ni cerahhhh sepanjang hari, panas terik macam Summer & sama cam dok di Msia, br la rasa panas bebetul sbb spanjang minggu panas, klu de 2-3 ari hujan, alamatnya sejukkk balik la.. huhu.. layan la pic dibawah ni sekitar Firth Park, kmi xsempat lagi nak posing2 musim Autumn ni, hubby teramatlah sibuk 2-3 minggu ni.. huhu, klu jadi mybe tis weekend insyallah, nnti i update :)..