Monday, August 8, 2011

Menu Iftar + 'Bazaar Ramadhan' :)

السلام عليكم....

Da seminggu kita berpuasa, kejap je masa berlalu.. blog pon da bersawang akibat tuan rumah sibuk wat kuih muih utk bebuka.. ahaks! Tp arini bkn nak cete psal kuih muih tradisional yg tuan rumah wat ni, tp pasal program kampung Firth Park Sabtu lepas, ada Program Tadarus Al-Quran, i pon join skali, sama la geng bapak2, wat kat rumah Yana a.k.a Penghulu Firth Park ni.. hehe, same time kmi bawa juadah kuih muih utk bertukar2 sesama jiran.. haaa tue yg i kata 'Bazaar Ramadhan' tue, hihiii, best arr dpt sepinggan kuih muih cam beli dari bazaar je, iskkk * miss u Malaysia tanah airku:(... group wanita diamanahkan utk baca juz 18 shj, manakala group lelaki kna baca dr juz 1-3.. alhamdulillah group wanita selesai baca sampe habis 1 juz tu tp group lelaki ada baki lagi, so next week majlis tadarus ni akan berlangsung di rumah kami pula, Insyaallah...


* Ada kuih lopes, kuih sagu, karipap & hujung skali tu baki kuih ketayap i:) *

Untuk sesi tukar kuih muih ni i de bawa kuih ketayap, hooo hooo i wat kuih ketayap, mama & abah jgn fengsan yek anakmu ble wat kuih tradisional sejak dok cini... hahhaaah, walaupun saiz ketayap i tu saiz XL, mmg xdpt dimana2 pasaran tp mendapat pujian hubby ku yg tercinta, kira ok la tu.. ahaks..


Owh pic kat bawah ni menu sahur kami, Nasi Lemak Pandan + Sambal Ayam + Telur mata:).. resepi sama ja gan nasi lemak biasa yg i penah wat cuma tambah pes pandan ja:)...


Iftar semalam i masak Gulai Ikan Salmon wif Bendi & Sambal belacan Nenas.. nyummm superb punya sambal belacan, i like! Resepi sambal belacan i copy dr MyResepi & resepi gulai tu i pandai2 sendiri ikut sedap tekak.. hehheeee, Selamat Berpuasaaaaaa..


BAHAN :
(Gulai Ikan Salmon)

Ikan Salmon 6 fillet (isi sahaja)- cuci & tos
Bawang merah 1biji*
Bawang putih 2ulas*
Buah pelaga 2biji
Santan pekat 1cawan
Air 1cawan
Serbuk kari ikan (tambah air jadikan pes)
Asam keping 1
Garam & perasa secukupnya
Bendi 15 batang (cuci & tos)
Minyak utk tumis
* Blend

Firstly, tumis bahan blend + buah pelaga hingga naik bau.Kemudian masukkan pes kari, tumis hingga naik minyak. Then, masukkan santan pekat & air, biar hingga didih & masukkan bendi. Masukkan perasa tambahan & garam secukup rasa. Then masukkan asam keping & last skali masukkan ikan setelah semua perasa da cukup, biar hingga ikan cukup masak, ble tutup api, siap:)



BAHAN :
(Sambal Belacan Nenas)

Lada merah 3biji
Cili api 7biji ~ i xletak
Belacan 1-2 inci(bakar sekejap)
Nenas masak 1potong ( i guna nenas kiub dlm tin)
Gula pasir 1sudu teh

Firstly, tumbuk lada merah & cili api hingga lumat. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
Akhir sekali masukkan nenas yang telah dihiris-hiris dan tumbuk sekejap. Masukkan gula dan digaul hingga sebati. Selamat mencuba....


4 comments:

DeLancrettLurpak said...

masak gulai tu masak kari ka Olyn? rajin hangpa buah ketayap.. hehe

mamma olyn said...

muehehee ho la DLL, kmi panggil kari tu gulai, kampung btoi kmi nih..hehe, alaa tringin la plak nak mkn ketayap, haish memcm nak mkn so nak kna wat sndri la..huuhu, penat berdiri di dapoq dok mengulung ketayap..grrr
* psssst bestnyeee ampa nak blk raya di mesia, dok bilang ari, tido xlelap, mandi xbasah la klu kami...huhu

Lady of Leisure said...

meriahnya kuih hehehe.. siap ada lopes, n kuih sagu tu favourite kami, kalau buat kuih sagu leh buat puding sagu skali.. terus jadi dua jenis kuih.. :)

Mamma Olyn ♥ said...

heheee.. aah btoi2, tringin lak puding sagu, memacam btoi tringin nak mkn, da la bazaar xda..huhu