Tuesday, July 12, 2011

London Trip - DAY 1

Hoohooo... byk tol pic nak upload, i klu skali kuar jenjalan kurang2 pon 200 keping gambar i amik, ha ni skali bejalan sampe 4 hari, hampir 600 keping pic sampe ada yg hilang, huhuu.. nangis tau! Rasa ralat sungguh coz da g tempat2 yg best camtu then amik pic elok2, pastu hilang, ter'delete sendiri sebelum abis upload dlm drive.. huhuuuu, nasib ada satu ari g kmi kat London so hubby bawa la kmi g skali lagi, cam dejavu la plak.. haha, amik pic ditempat yg sama, tp tue la byk btol pic yg cantik2 i amik ms 1st day g Buckingham palace & Hyde park.. Kami betolak 7 July, Khamis lepas dlm pukul 11 am dr Sheffield Rail Station direct to St Pancras Rail Station, pejalanan lebih kurang 3 jam. Mmg excited le tetambah two kiddo yg terloncat2 nak nek train, nasib behaved ms dok atas train, memula bising gak, yela memasing sibuk wat aksi 'chooo choo', 'alll aboarddd!!!', 'fast train, fasttttt'.. adoii, lps sejam kemudian senyap trus, rupanya letih trus tetido.. hahahaaa. Kmi ada beli LONDON PASS TICKET + TRAVEL utk 3 hari so mmg bebaloi2, xpayah beratur panjang, xpayah kuar duit nak beli tiket, dan dgn satu harga GBP88 per adult termasuk skali dgn public transport (Unlimited journeys on all London Underground, Buses, Trams, Docklands Light Rail, Over-ground Trains and National Rail Services within zones 1 – 6)& 55 fantastic attractions in London! Cumanya kna plan betul2 klu nak betul2 untung guna london pass ni, at list plan utk cover attraction yg entry fees dia lebih dr GBP10, so klu 3 hari ble cover at list 10 tempat mmg sgt2 bebaloi! Bagi kmi yg ada two kiddo ni mmg kmi plan dr awal lagi, siap wat journey planner supaya ble cover at list the top 10 attraction in London:).. at last alhamdulillah berjaya juga even kna jalan kaki sambil tolak buggy yg sarat gan org + bekal makanan etc, dgn cuaca yg xmenentu, kejap hujan lebat, kejap sejuk berangin & tup..tup panas, kna naik turun tangga utk naik tube, underground train, bkn semu rail station ada kemudahan lif so kna angkut buggy naik tangga 3 lapis tu & turun tangga... huh, mmg penat, two kiddo pun penat sbb kna tukar2 naik buggy, kmi xbw twin buggy sbb nak jalan cepat, klu bw twin buggy lg berat.. tp sgt2 bebaloi bcoz we reallyyyy enjoy our holiday!


* Sempat belek london pass guide sebelum sampe di London... hehe *




Kami sampe di St Pancras Rail Station, London dlm kol 1.30 pm, so dr situ kmi trus cari train ke Aldgate East Station utk check in hotel di London Aldgate East Travelodge Hotel. So dr situ kmi da ble guna london pass travel ticket wit no hassle, 1 tiket valid utk satu hari pejalanan utk semu public transport di London:). Then kmi sampe di Aldgate East Station, hujan plak turun lebat so kmi tepaksa stop kejap kat station tu sampe ujan reda, memula ingat nak amik taxi sbb dekat sangat, pejalanan dlm 3minit ke hotel, tp jalan pun jam ssh taxi nak stop so kmi decide jalan kaki, punya la nak sampe cepat sampe tesilap 2-3 blok, last2 sampe gak di hotel tupun da lewat, dekat kol 3pm, adoiii penat & gerammm sbb buang masa, hotel dekat tp disebabkan salah jalan so mkn masa kat situ.. lps check in trus kmi kuar g destinasi pertama, yg paling dekat gan hotel, London Bridge & Tower of London. So kmi trus g balik Aldgate East station utk ke Tower Hill Station, hanya satu perhentian sj, then off we went to Tower of London, betul2 besebelahan dgn river Thames.. org mmg penuh, even da nak tutup, last entry kol 5pm, so kmi sempat masuk & jelalah hampir kesemua tower castle yg ada dlm Tower of London tu, mmg best btol, ble tgk brg2 bersejarah, ada sesetengah tu xle amik pic cth crown King Henry III & King Edward in the 12th and 13th centuries, The Imperial State Crown & cincin permata diraja.. bersinar2 & sgt2 cantik terletak elok di dlm bekas cermin dgn sejarah tersendiri.. Selain tu ada 'penjaga' tetap di istana ni, iaitu The Tower Ravens, menurut sejarah lagenda burung ni, lagi byk burung ni bekeliaran di sekitar istana ni, lebih kebal & kukuh pentadbiran istana ni dgn kehadiran burung2 Raven ni. Sekurang2nya mesti ada 6 ekor raven di sekitar Wakefield Tower ni, & burung tu still ada sampe sekarang & siap ada nama memasing (Hardey, Thor, Odin, Gwyllum, Cedric, Hugine and Munin), plus extra seekor in case salah satu terbang keluar so still remain 6:). Makanan raven ni tetiap ari adalah daging mentah + biskut burung yg dicelup gan darah.. erkk. Selain tu utk elakkan burung ni dr terbang jauh, Raven Master (org yg jaga burung raven ni) klip salah satu sayap burung supaya xbalance so burung xkan terbang jauh, unik kan?


* The Tower Ravens *




* Her Majesty's Royal Palace and Fortress - Tower of London *



* Salt Tower- Salah satu tower yg dijadikan penjara utk pesalah2 *




* View dr salah satu tower, Thames Cruise.. our next trip for 2nd day!:) *










Kebetulan ada party ms kmi nak kuar dr tower tu, waahh ble la tgk Royal Party ni secara live, suka tgk memasing drg dress masing2, cantikkk sgt, kebanyakkanya dr kerabat diraja la, tgk dress dorg stylish gitu!



Masa pun da suntuk, kmi sempat jenjalan di sepanjang river Thames & amik2 pic. Pastu kmi patah balik ke Tower of London & berenti lepak kejap kat area lapang opposite to tower, penat seharian bejalan kaki, non-stop.. perut pun ngada2 nak memacam.. so layan jela.. heheee


* Fish & Chip.. anyone? :D *


* London Bridge view dr river Thames.... *






Layan two kiddo yg pantang nampak burung merpati, asyik kejar sampe lupa mama & abahnye.. huhu jenuh nak tangkap dorg.. huh, yg si Aqil asyik nak aiskrim... aiskrim, siap minta coin nak p beli sendiri... hammboiii pandai kamu nooo...


Wednesday, July 6, 2011

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


Teruja sungguh jumpa resepi biskut Famous Amos ni, i klu beli siap sembunyi2 nak makan.. haahahha, nak menikmati biskut choco chip yg sedap tu:). Dan secara xlangsung resepi biskut ni akan masuk dlm list biskut raya i tahun ni...muehehhe, oh i da siap wat list g, resepi biskut yg mna i nak wat, yg penting senang & biskut yg i suka.. hooohoo, selfish ek, yela hubby i da cop da biskut famous amos ni utk raya, trus menjadi pujaan hatinya:).. hihi, i loike! Thanks to syari, mmg best resepi ni, mudah & sedap, lepas ni ble wat sendiri, klu nak beli kna timbang, mahal lak tu..huhu, klu rajin try resepi ni mmg superb! I wat betul2 ikut resepi, mmg banyak sungguh, xterkira yg penting penuh 3 balang kaca, klu nak beli agaknye bepuluh2 ringgit tu..huh... fuhh penat nak tunggu bakar kesemua biskut ni..iskk, tu br sejenis, ha cam na yg dok meniaga biskut raya tu, beribu2 biji biskut yg dorg hasilkan dlm masa sehari, nak memenuhi pemintaan semu customer dia, kena rajin & sabar:)... pejam celik da hampir setahun kmi dok di bumi England ni.. bulan depan da nak puasa, 1st time la kmi akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dgn tempoh masa yg lebih panjang dr Msia, hampir 18jam... kali ni i mesti wat buah melaka sendiri, fav tuuuu, hrmm lagi puas ati, kan:) * nak sedapkan hati sendiri..huhuhu. Orait, tuan rumah nak sambung pack baju utk summer holiday selama 4 hari, esok pagi kmi betolak ke..... tungguuuuu next entry yea, doakan kami pergi & balik dgn selamat:)


BAHAN :

Gula 1cawan ~ i letak 1/2 cawan sj
Gula perang 1cawan padat*
Mentega 1cawan (~150gm)
Minyak 1cawan
Telur 1biji
Susu segar 1sudu
Tepung gandum 4cawan
Garam 1sudu teh*
Cream of tartar 1sudu teh
Baking soda 1sudu teh
Walnut cincang 1/2 cawan
Semisweet chocolate chips 2cawan
Vanilla extract 1sudu teh

Firstly, pukul gula + mentega + minyak + telur + susu + vanilla hingga sebati. Masukkan bahan2 kering + walnut & chocolate chips. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven).


Nota : Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika
mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
: Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut
kesukaan.
: Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain


1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
2)Tips utk dapatkan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Tuesday, July 5, 2011

Double Dark Chocolate Cake wit Strawberry


Ni projek baking yg lepas2, i stop kejap projek baking dekat2 sebulan gak akibat sakit gigi yg membuatkan i xde mood nak main tepung, uli2 & kreatif2.. iskk. Boring gak bla xmasuk dapur time masa lapang so i ganti dgn projek gardening i kat backyard tu, mmm i de beli pokok Fuchsia Windchimes Rose-Purple & sunflower.. owh best sungguh tgk bunga subur2 & colorful, rasa relief juga, kurang rasa sakit gigi bla sibuk berkebun.. hehe, pokok strawberry i da transfer masuk dlm pot yg besar & tunggu dia subur besar br ble letak kat ruang lapang, skang ni i letak tepi pintu & cover gan plastik takut burung & slug makan, huhu abis i punya pokok carrot dorg balun sampe ape satu pon xtinggal, iskk sedih arr.. xpe next time klu de masa i tanam skali lagi & kna cover sampe betul2 pokok da besar & matang..





* Pokok poppy & daisy yg tgh merimbun tp lambat tol nak tunggu bebunga..huhu *


* Pokok lavendar kesayangan... *

Orait jom sambung blk resepi kek coklat ni mmg simple & sedap sgt, tgk sj la laporan masakan dr resepi fendi75 ni, sampe 156 laporan & hampir 4000org share dlm FB, wohooo i pun teruja la nak try gak..ehehe, mmg senang, kek ni pon xguna butter so mmg sgt2 moist:)... tp i menambah tokok tu yg panjang lebar je tajuk tu, da i guna bahan len so nama pon kna len la ek.. hehehe


BAHAN :

Telur 2biji
Minyak masak 1cawan
Gula pasir 1cawan
Gula perang 1cawan

Bahan A
Vanila esen 1 sudu teh
Susu segar perisa coklat 1 1/2 cawan
Air 1/2 cawan + Nescafe 2sudu teh

Bahan B
Sodium bicarbonate 2sudu teh
Baking powder 1sudu teh
Serbuk koko 1/2 cawan ~ i guna Cadbury Choco powder
Tepung gandum 2cawan


==============================
** Topping **
Koko van hauten 1/2 cawan ~ i guna Dark Chocolate topping
Susu pekat 1/2 cawan
Minyak masak 1sudu
* Optional strawberry utk hiasan


Firstly, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi. Kemudian masukkan minyak masak. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecil , panaskan sampai nampak sekata & licin... sedia disapu pada kek yg telah disejukkan:)